Gambalawa.com

1) Apakah jenis fotografi yang anda lakukan?

Gambalawa.com merupakan jurugambar perkahwinan dengan gaya photojournalist tetapi kami tidak dibataskan oleh sebuah “genre.”

Kami juga mengutamakan konsep fotografi secara formal seperti pose secara santai, fotografi keluarga dan rakan-rakan yang hadir menceriakan hari perkahwinan anda.

2) Dimanakah galeri anda?

Galeri kami di No 26-1, Jalan PE 1, Taman Paya Emas, 76450 Bertam Ulu, Melaka. Kami mengalu-alukan anda hadir ke galeri kami untuk anda melihat sendiri hasil kerja tangan kami. Hubungi kami untuk membuat temujanji.

3) Adakah anda mengambil potret gambar keluarga?

Semestinya. Potret keluarga dan rakan-rakan anda adalah merupakan antara gambar-gambar yang penting disepanjang majlis perkahwinan anda.

4) Bolehkah kami memberi anda satu senarai tembakan gambar-gambar kami mahu anda ambil?

Selain daripada potret keluarga, jawapannya ialah — tidak.

“Senarai-senarai tembakan” yang disediakan oleh kebanyakkan majalah-majalah pengantin adalah satu idea yang hebat, tetapi umumnya, kami akan memotret gambar-gambar suasana perkahwinan anda dengan cara dan gaya kami yang tersendiri seperti yang anda lihat di laman web kami. Kami percaya, setiap majlis perkahwinan mempunyai keistimewaan tersendiri.

One Response to Gambalawa.com

  1. emiza hanum says:

    can u sent me your pakage for bertunag sticky album
    my event will be on 26/09/2009 at muar johore…
    cam i know your location please

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>